Tuesday, 4 December 2012

Asal-usul nama ringgit


Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17. Dolar Singapura dan dolar Brunei juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu (namun mata wang A.S. dan Australia tetap dolar). Dengan itu, singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah RM.

Perkataan ringgit dan sen diterima guna sebagai nama rasmi pada Ogos 1975. Sebelum ini, ia dipanggil dollar dan cent dalam bahasa Inggeris . Di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, nilai 10 sen dipanggil satu kupang (atau "poat8" dalam bahasa Hokkien), cth. 50 sen bersamaan 5 kupang (atau "5 poat8" dalam bahasa Hokkien).

Sejarah

Pada 12 Jun 1967, mata wang ringgit Malaysia yang dikeluarkan oleh bank pusat yang baru, iaitu Bank Negara Malaysia, menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British pada tara. Mata wang baru ini memelihara segala peringkat nilai pendahulunya kecuali nilai $10,000, serta mewarisi skim warna ringgit lama itu. Pada berpuluh-puluh tahun yang berikutnya, perubahan kecil dilakukan pada wang kertas dan syiling sekali, mulai pengeluaran syiling M$1 pada tahun 1967, hingga penyahwangan wang kertas M$500 dan M$1000 pada 1990-an.Lambang "$" (atau "M$") diganti dengan "RM" sekitar tahun 1993, namun di peringkat antarabangsa, "MYR" (MY sebagai kod negara Malaysia) lebih diterima umum.


Asas Topik Wang

Asas Topik Wang Tahun 2